KATEGORI DADAH

>

OPIAT

>

STIMULAN

>

GANJA

>

DEPRESEN

>

LAIN-LAIN

KESAN-KESAN DADAH

Ketahui kesan buruk dadah berdasarkan pengalaman bekas penagih.

 

Pertanyaan dan Maklumbalas

Nama :

Emel :

Pertanyaan /
Maklumbalas :







 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

OPIAT

MAKLUMAT ASAS

Dadah Opiat adalah campuran yang diperolehi daripada biji popi. Opiat berasal dari candu (opium) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Papaver somniferum. Candu ini mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dan kemudiannya diasingkan dan diproses menjadi morfin dan seterusnya kodein.


JENIS-JENIS

  • Opium(candu)

  • Heroin ( fit, ubat, panas, stuff)

  • Morfin (pokteh)

  • Kodein(ubat batuk)


KESAN PENGAMBILAN

Pengambilan bahan ini akan menjadikan penggunanya menjadi khayal(euphoria), ketagihan dan sindrom pengenduran/penarikan yang akhirnya kebergantungan yang berpanjangan sehingga menjejaskan fungsi kehidupan seharian seperti pembelajaran, pekerjaan , rumahtangga dan hubungan sosial.


MENGAPA IA BERBAHAYA?

Penyalahgunaan bahan ini terutamanya melalui cara suntikan mengakibatkan kesan buruk kepada anggota badan seperti kegagalan jantung, jangkitan penyakit seperti HIV/AIDS, radang hati (hepatitis B/C) , kemurungan/ kecelaruan mental, kebergantungan dan sindrom penarikan yang teruk seperti kekejangan otot dan sendi, sakit perut, muntah-muntah dan cirit birit yang serius. Kesan overdos Opiat menyebabkan retensi urin, halusinasi, delirium, hyportermia, pernafasan berhenti dan sawan.

 

STIMULAN

MAKLUMAT ASAS

Stimulan Jenis Amfetamine (ATS) merupakan sekumpulan jenis dadah perangsang yang bertindak ke atas SISTEM SARAF PUSAT atau CENTRAL NERVOUS SYSTEM (CNS) . Ia merupakan jenis dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan bahan-bahan kimia.


JENIS-JENIS

  • Amphetamine( kuda, WY, yaba)

  • Methmphetamine( Ice, syabu, sejuk, batu)

  • Ecstacy (goyang)


KESAN PENGAMBILAN

Kesan serta-merta pengambilan bahan menyebabkan euforia, tidak mengantuk, tidak lapar ataupun letih tetapi lama-kelamaan menyebabkan kebergantungan yang berpanjangan yang mengganggu fungsi sosial di dalam masyarakat.


MENGAPA IA BERBAHAYA?

Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti tiada selera makan, kehilangan berat badan yang serius, tekanan darah tinggi dan serangan jantung. Ia juga menjadikan keadaan mental tidak stabil dengan manifestasi tingkah-laku yang ganas, kawalan emosi yang terjejas serta berkecenderungan untuk membunuh diri. Tanda-tanda overdose pula adalah – badan menggigil, hiperaktif, kesukaran bernafas, panik, halusinasi, ganas, muntah, cirit-birit, loya, serangan jantung dan sawan.

 

GANJA

MAKLUMAT ASAS

Nama saintifik tumbuhan ini adalah Cannabis sativa. Kanabis/Ganja merupakan sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tempat. Ia juga di kenali sebagai marijuana dan dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu Mariguango yang bermaksud bahan memabukkan.


JENIS-JENIS

  • KANABIS HERBA

  • RESIN GETAH KANABIS(HASHISH, CHARAS)

  • MINYAK HASHISH


KESAN PENGAMBILAN

Pengambilan bahan ini berupaya mempengaruhi emosi seseorang. Orang yang sedih akan bertambah sedih dan mereka yang gembira akan menyebabkan mania yang tidak terkawal yang akhirnya mendatangkan kemudaratan.


MENGAPA IA BERBAHAYA?

Penyalahgunaan bahan ini yang kronik mengakibatkan kesan buruk jangka panjang seperti sindrom malas (amotivational snydrome). Ia juga mempercepatkan onset penyakit mental seperti penyakit skizofrenia dan dwikutub(bipolar disorder) yang mana prognosisnya lebih buruk jika tidak dirawat lebih awal.

 

DEPRESEN

MAKLUMAT ASAS

Kumpulan dadah depresen (penekan) merupakan sejenis dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri bila diambil secara berlebihan. Dalam bidang perubatan, dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang, meredakan kesakitan dan untuk tidur lena. Walau bagaimanapun, ia telah menjadi salah satu dadah yang disalahgunakan.


JENIS-JENIS

  • Pil tidur dan trankuiliser (dormicum, up john, dormi, eramin 5, apo, somese, blank, robot, roche, button, valium, librium, tauxene, ativan, Xanax dan lora).


KESAN PENGAMBILAN

Pengguna depresen akan berasa khayal, peluh berlebihan, terhoyong-hayang dan juga pengecilan anak mata. Penggunaaan yang regular menyebabakan toleran dan kebergantungan berpanjangan. Selain itu, dos yang berlebihan boleh menyebabkan pernafasan terhenti dan akhirnya kematian.


MENGAPA IA BERBAHAYA?

Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti kecelakaan jalanraya dan kemalangan , gejala penyakit mental seperti keresahan melampau, kemurungan, dan psikosis, I juga memyebabkan keletihan yang kronik, tidak dapat tidur, perubahan penglihatan, cenderung untuk membunuh diri, dan juga ketagihan yang melampau.

 

HALUSINOGEN

MAKLUMAT ASAS

Halusinogen adalah sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria (sensory perception) dan pandangan visual. Ia menyebabkan ilusinasi sehingga amat susah membezakan antara yang benar dan yang tidak benar.


JENIS-JENIS

  • LSD (Lysergic Acid Diethylamide)

  • DMT (Dimethyltryptamine)

  • PCP (Phencyclidine, ‘Angel Dust’)

  • Meskalin

  • Psilosibin & Psilosin

  • KETAMIN


KESAN PENGAMBILAN

Pengambilan bahan ini boleh menjadikan penggunanya mengalami peningkatan keupayaan bersosial, tenaga fizikal dan emosi.


MENGAPA IA BERBAHAYA?

Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti kurang pertimbangan dan koordinasi yang boleh menyebabkan risiko kecederaan yang tinggi, tingkah laku yang ganas, paranoia, tertekan dan juga kebimbangan.

 

INHALAN

MAKLUMAT ASAS

Bahan Kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Inhalan juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap (Volatile). Ia dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau meransangkan perubahan minda.


JENIS-JENIS

  • Pelarut/Cecair

  • Bahan Gas

  • Aerosol

  • Bahan Nitrik


KESAN PENGAMBILAN

Bahan ini boleh bertindak dengan menjadikan penggunanya berasa khayal, kesannya seakan sama dengan mabuk akibat meminum alkohol yang banyak. Perasaan khayal ini akan berterusan selama 15 minit sehingga ke 2 jam. Sekiranya kuantiti atau kepekatan inhalan itu tinggi, pengguna mungkin hilang deria rasa dan seterusnya tidak sedarkan diri.


MENGAPA IA BERBAHAYA?

Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk yang serta merta dan juga jangka panjang. Kesan yang serta merta adalah seperti berhalusinasi, rasa mual dan pening, nafas tidak sekata, terhoyong-hayang, emosi kurang stabil dan kehilangan deria sakit. Kesan jangka panjang pula adalah seperti kerosakan sel otak dan organ utama, gangguan penglihatan, sakit jantung dan kematian mengejut.

 

KETUM

MAKLUMAT ASAS

Nama saintifik pokok Ketum ialah Mitragyna Speciosa Korth. Kegunaannya banyak digunakan sebagai ubat tradisi dan dadah narkotik.


JENIS-JENIS

  • Pokok Malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning kecil.

  • 2 jenis dedaun bertetulang. Satu berwarna merah dan yang satu lagi berwarna putih. (Dikatakan mempunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat).


KESAN PENGAMBILAN

Bahan ini boleh bertindak dalam masa 5-10 minit setelah diambil dan tahan selama 6 jam. Ia mampu mengurangkan ketegangan otot dan menjadikan penggunanya mengalami peningkatan tenaga fizikal dan batin serta keupayaan melakukan kerja berat atau kerja yang membosankan.


MENGAPA IA BERBAHAYA?

Penyalahgunaan bahan ini mengakibatkan kesan buruk seperti hilang kawalan diri, rasa bosan dan malas, kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi, anak mata menjadi sempit, merasa loya, mulut menjadi kering, kerap kencing, hilang selera makan dan berat badan, sembelit dan juga insomnia.